Saturday, April 12, 2008

Berhati-hati dengan Monsun-Biz.com

Aku yakin ramai dah tau pasal monsun-biz.com. Tiap-tiap hari iklan pasal monsun ni keluar kat paper metro dgn tv3. Aku dah surf banyak blog yang bagi komen pasal monsun ni. Rata-rata semuanya mengutuk perniagaan yang MIRSB buat.

Awal-awal pelancaran monsun ni, aku dah kutuk gile2. Ape taknye, sistem yg semudah ABC diorang nak jual sampai RM50k??? WTF diorang nak buat camtu? antara produk-produk MIRSB ni termasuk la igomobile,mobile-income,seemore.com.my,www.oblworld.com,payment gateaway2020 (padahal gune mobile88.com) & bossmailer (email spam software)...

Terus terang aku nak bagi tau yang aku sendiri kerja dgn sebuah syarikat yang buat bisnes pasal sms. Bila aku tengok igomobile, terdetik hati aku yang company ni tak jujur dalam perniagaan. Apa taknye, bisnes sms ni sebenarnya memerlukan pengetahuan IT yang tinggi. Bagi orang yang tak tau sangat hal-hal yang berkaitan dgn IT, aku boleh gerenti 80% diorang akan lingkup.

Dari hasil selidik aku sendiri yang diiktiraf oleh diri aku sendiri jugak, rata-rata yang buat iklan kat suratkhabar yang mana diorang menggunakan khidmat igomobile ni, ramai yang dah bungkus. Bisnes sms tidak semudah yang disangkakan kalau ilmu tak mencukupi. Aku sendiri tak berape nak tau camne nak handle bisnes sms ni dengan berkesan.

Berbalik pada isu monsun yang aku nak highlight tadi... Konsep monsun ni ibarat seseorang tu membeli beberapa lot tanah, lepas tu lot-lot tu akan disewakan kepada orang lain. Bayangkan la dengan sistem yang ntah hape-hape tu (boleh tengok kat www.monsun-biz.com), value RM50k berbaloi ke dengan website yg macam tu? Website yang terlalu kebudak-budakan. MEMANG TAK BERBALOI!!!

Callcenter??? Apa tu? Bagi yang tak tau apa tu callcenter, aku nak eksplen sket2... Callcenter ni sejenis sistem yang berkaitan dengan sms yang mana user akan dicharge based on rate yang diset. Untuk buat menatang ni, tak perlu la sampai RM50k... Nak apply shortcode kat MCMC pun baru je RM2000. Lepas tu nak beli server + bayar kat telco boleh la bajet dlm RM20k (deposit utk setiap telco lain-lain.eg: celcom - RM10k)... so anggaran kasar bagi permulaan nak buat bisnes ni ade la dalam RM30k. Nampak tak... RM30k = risiko 100% ditanggung sendiri. Ok la... nak bagi same value lg dengan RM50k tu aku tambahkan lagi RM20k... Dengan RM20k tu, boleh broadcast ke beribu-ribu nombor telefon (setiap telco cas lain-lain). Cara paling menjimatkan ialah dengan menggunakan gateaway international (boleh dapat serendah 5 sen per sms broadcast). Kate la satu sms tu 11 sen (digi punye rate),RM20k bahagi dengan 11 = 1818 no telepon (yang paling mahal ni). Nampak tak perbezaan tuh??? Ok laa... nak lagi adil, kalau org tu tak tau ape-ape pasal IT, tapi nak jugak buat bisnes sms, boleh la upah mana-mana freelance dengan modal RM10k untuk setupkan sistem...Haaa...RM60k???lagi murah kalau gune produk monsun...baru RM50k je...RM60k = 100% ownership, RM50k = ??? ownership (keuntungan 100% kat ownership jgk ke???).

Aku malas nak tulis panjang-panjang lagi pasal bisnes sms ni. Aku tau selok belok bisnes sms ni camne. Nasihat aku bagi sape-sape yang nak join tu, TAK PERLU join. Kalau korang ni jenis yang hebat menyelongkar alam maya ni, terpulang laaa kat diri masing-masing. Bagi yang ala kadar je ilmu pasal IT, lupakan la niat nak join sebab banyak aspek yang perlu diambil kira.Risiko perniagaan sms ni terlalu tinggi.

5 comments:

Anonymous said...

jual ringtone ke guna sms?

kaleid said...

bior le diorang nak meniaga bkn curik duit ko pun

iscorrect said...

to hencek khalid...

yup...diorang tak curik duit aku,tp diorang menipu duit org lain.seronok ke tengok melayu tipu melayu?aku tak kisah kalau cara tu jujur & tak menipu.tapi kalau cara macam ni la yg diorang guna...kata limit 300 landlord.satgi tambah lagi 500 landlord? Apa punya strategi yang diorang pakai ni? Lagi mau backup ka?

Anonymous said...

honestly aku kureng agree dgn ko.aku ada survey gak all the things about monsun n all the anak-branak n aku dh pn attend the taklimat.aku x puas ati lg,aku g plak technical class dia kt Grand Season kl(utk xnk kondem,without siasat even aku kene byr RM100/class).finally,aku rasa all the bisnes pn dh tntu tokey nk untung gak.ko klu jual ikan masin pn,xkn ko bli 50sen,ko nak jual 50sen.plg kurg pn ko nak up seposen(tupun klu yer).aku bkn nk baking sesape,tp klu ko g class dia,cikgu dia ajar komited abis.dr zero smpi million.so,advice aku, jgn kondem org tanpa usul pekse.ko kan melayu,xkn ko plak nk jd virus pd org melayu sendri.Lu pikirla sendri..

Anonymous said...

aku pun nak tau gak ape cite sebenarnya i go mobile nie. aku rasa macam boleh pegi jer business nie. tp harga tu aku setuju ngan khalid coz agak mahal tp aku x berapa nak kisah kalu ianya di bagi dalam kadar yg terkawal (limited) coz sistem nie akan cepat tersebar & berkembang klu murah sikit x la terkilan sangat org yang dah joint tp lembab nak gerak. so tolong bg komen lebih lanjut & segera coz aku dah bayor deposit nak masuk nie...aku x nak dah bayor abis bru nak menyesal maa....