Sunday, April 13, 2008

bile dah takde keje lain nak dibuat...

Actually aku kene siapkan sistem utk client aku yg sorang ni. Banyak lak songeh minah ni. Macam-macam yang dia mintak aku tarukkan kat sistem tuh... Nasib baik laaaaa minah tu lawa... Tapi dah jadik tunang orang. Melepas aku...

Dalam dok buat sistem tu, aku surf la internet carik info pasal MIRSB yang tengah dok hangat skang ni. Makin lama semakin banyak lak komen-komen yang tak berapa nak best di dengar. Hehe... Sudah ku duga dari dulu lagi. Mesti ada yang tak puas hati dengan monsun-biz.com tuh...

Aku still masuk website monsun yang ntah hape-hape tu. Takde sebarang peningkatan langsung. Masih lagi dengan flash kebudak-budakan.

Aku nak citer sket pasal bossmailer ni...
Bossmailer ni sejenis email grabber yang mana menatang ni boleh detect sebarang email dengan berkesan. Contoh laa... kata la korang ni jenis yang aktif berforum. Perasan tak sesetengah orang tu kalau orang tu tulis email, dia tulis camni abc[at]blablabla.com. Kalau rasa nak selamat, better tulis email camtu. Jangan gune '@' sebab software macam bossmailer ni la yang menggalakkan spam. Software ni akan carik sebarang perkataan yang ada tulis blablabla@blablabla.com.

Nak spam email???haa...tak yah guna software pon takpe sebab aku sendiri boleh buat spam tu dengan menggunakan coding jek. Aku dah pernah buat & IP aku terus kene blacklist...hahaha...
Kalau ikut rules negara luar, aktiviti menyepam ni boleh kene dakwa. Kat Malaysia takde lagi buat masa skang ni. Tapi sape yang suka kene spam? Mailbox aku sendiri slalu kene spam. Hampeh betol.

Aku nak tergelak bila dapat info yang google mail jual email diorang kat mirsb ni. Ape punye pembohongan laaaa... Tak mungkin company yang besar macam google senang-senang nak jual email user. Melainkan kalau mirsb tu ada pasang kaki kat google corporation tu. Lepas tu rasuah dalam sejute ke dua juta... Kalau macam tu tak imposible la kan... Tapi kalau pikir secara logik, betul ke tak betul?

Nampak gaya mirsb ni betul-betul nak menipu. Bisnes secara tak jujur. Dah la menipu kata tawaran murah utk time tu je... Satgi bila keluar paper, dah ada pakej RM5k. Puan Nora tu jangan nak menafikan ye. Rakan aku ada pergi taklimat diorang. Dari gaya puan Nora tu berucap, memang terdapat unsur-unsur pernipuan.

Okeh...aku nak sambung balik buat kerja. Dah pukul 1 pagi, tapi kerja tak siap-siap lagi...

No comments: