Wednesday, April 9, 2008

Saper yg berok?

Kalau dulu para blogger di panggil berok oleh sesetengah menteri,tapi sekarang mereka dah mengaku kuasa blogger yg sebenar. Mereka pandang rendah terhadap bloggers dengan mengatakan yg kandungan blogger ni tak sahih. Rakyat sudah muak dengan situasi media di Malaysia sekarang ni. Mereka mula beralih arah dengan membaca blog-blog yang bersepah kat internet sbb kebanyakan isi blog lebih update dari yg terdapat di media-media milik UMNO.

Dengan berita yang berat sebelah,fitnah yang bertaburan,provokasi yg dimainkan menyebabkan rakyat bertambah benci dengan kerajaan pemerintah. Tapi pihak kerajaan ni masih lagi buat-buat tak tahu dengan kuasa blog ni sehingga tibanya keputsan pilihan raya umum 2008 yang mengejutkan ramai pihak terutama sekali UMNO.

Setelah pilihan raya selesai,terdapat juga bekas menteri dan menteri mula membuat blog masingg-masing dengan alasan mahu lebih mendekati rakyat. Ibarat meludah ke muka sendiri kerana dulu mereka menggelar blogger ni syok sendiri. Contoh yang paling dekat ialah Datuk Seri Khir Toyo yang mula membuat blog beliau.

Bila dah kalah,barulah beliau sedar bahawa rakyat sekarang ni dah bijak & matang.Hahaha...ape kemende la aku merapu ni...

No comments: