Thursday, April 10, 2008

Sudah-sudah la tu UMNO

Aku rasa nak tergelak aje bila baca suratkhabar no. 1 kat Malaysia ni...Apa lagi kalau bukan Utusan Malaysia. Dengan muka depannya hari ni dok tunjuk gambar orang kampung buat demonstrasi jalanan bantah kandang babi kat Sepang sana.

Penduduk kampung di Tanjung Sepat yang bekerja sebagai nelayan buat bantahan dengan alasan laut dah tercemar sebab kandang babi kat sana.

Quote dari Utusan Malaysia 9 April 2008;

SEPANG 9 April – Kegiatan menternak babi yang tidak terkawal di beberapa kampung sekitar Tanjung Sepat dekat sini mengakibatkan kemusnahan alam sekitar yang teruk hingga menyebabkan penduduk hilang mata pencarian.

Kegiatan itu menyebabkan perairan sekitar kawasan tersebut tercemar teruk hingga menjejaskan aktiviti nelayan di samping kerosakan harta benda.

Isu yang aku nak bangkitkan kat sini ialah, sejak bila kandang babi tu dah wujud? Adakah sejak pemerintahan Perikatan Rakyat ataupun pemerintahan Barisan Nasional?

Itulah realiti media massa yang ada kat Malaysia ni. Mereka bertalu-talu akan menyerang kerajaan yang tidak sealiran dengan Barisan Nasional. Mereka cuba memperbodohkan rakyat. Rakyat dah muak dengan sikap media massa yang dikuasai oleh Barisan Nasional.

Dengan tidak berhenti-henti memprovokasikan isu babi di Sepang, mereka cuba mengalihkan perhatian rakyat terhadap kemelut yang melanda UMNO ketika ini.

Sudah-sudah la tu UMNO... Cukuplah... Jangan la memperbodohkan rakyat lagi. Rakyat sekarang ni semakin bijak (bak kata Khairy)...

No comments: